Showing posts with label emas. Show all posts
Showing posts with label emas. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Perth perkenalkan siling emas gergasi

PERTH - Kilang duit siling Perth Mint di Australia semalam memperkenalkan sekeping duit siling emas yang didakwanya terbesar di dunia.

Siling emas berkenaan memiliki berat lebih satu tan dan bernilai sekitar AS$55 juta (RM171.8 juta).

Sebelah siling itu tertera gambar seekor kanggaru sedang melompat. manakala sebelah lagi memiliki profil ketua negara Britain, Ratu Elizabeth II.

Siling emas itu diperkenalkan sempena sidang kemuncak negara-negara Komanwel yang akan dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II di sini pada minggu ini.

Siling gergasi seberat 1,012 kilogram itu mengandungi 99.99 peratus emas tulen. Lebar siling itu hampir 80 sentimeter (sm), sementara tebalnya ialah 12sm.

Kilang wang tersebut mengambil masa 18 bulan untuk menghasilkan siling tersebut yang kini dipamerkan kepada orang ramai.

Saturday, October 1, 2011

Emas kuning dan emas putih

Ok.. entry sebelum  saya ada share tentang jenis-jenis carat dalam emas ini.. So untuk hari ni pula saya nak share info warna emas kuning dan puith

Tidak banyak mana pun warna2 emas ni yang kita pernah lihat.. Emas kuning dan emas putih kan... klw ada yang korang pernah lihat warna lain bagi tahu la yer..

Kita tahu warna tulen emas adalah kuning. Akan tetapi emas tulen ini terlalu lembut untuk perhiasan barang , ianya perlu dicampur dengan logam yang lain untuk meningkatkan kekuatan. Contoh barang perhiasan yang dicampur dengan emas seperti tembaga, zink dan perak..pladium dan nikel.

Platium, pladium, dan nikel ni pula adalah bahan campuran utk menghasilkan emas putih. So campuran bahan2 seperti ini yang membuatkan emas putih lebih mahal dari emas tulen tp harga jualan balik emas putih ni rendah..

Kita pernah juga dengar terdapat pengguna alah dengan emas putih biasanya yang alah guna emas putih  campuran nikel.
Emas putih jenis pladium lebih mahal berbanding dengan emas tulen n emas putih campuran yang lain. Tetapi tidak semahal emas putih campuran platium.




Monday, September 26, 2011

mengapa kita perlu memiliki emas?

Harga emas turun mendadak minggu lepas dan  harga terendah adalah $1532. Sekarang ini memang sesuai untuk membeli semula emas pada harga yang rendah.. sebagai simpanan/pelaburan.

Sebab mengapa kita perlu memiliki emas :

1- Anti-inflasi 
    Inflasi menyebabkan kuasa beli menjadi lemah sedangkan harga bahan mentah seperti emas,biji timah, minyak serta bahan mentah  lain naik 

2- Sebagai pelaburan jangka panjang
    Harga emas meningkat sepanjang tahun

3- Buying Opportunity Market
   Lihat pada graft gold, kenaikan harga emas akan naik berterusan dan prediction tahun 2011, harga emas boleh mencecah pada paras $2000. Kenaikan paras tertinggi emas adalah pada paras $1920

   Ok itu sedikit sebanyak tentang perlunya kita memiliki emas. Nanti saya akan share juga analisis emas. Boleh tgk teknikal analisis saya pada tahun lepas di SINI juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...